Sabtu, 11 Disember 2010

SEBAIK-BAIK MANUSIA


Sebaik-baik manusia adalah orang yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. Kebahagiaan bukan hanya kerana mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain. Keprihatinan kepada keadaan orang lain melahirkan kesetiaan sosial yang tinggi. Apabila kita prihatin kepada orang lain kemudian diikuti oleh orang lain pula mengambil berat pada yang lain, situasi begini bakal berterusan dan tidak terputus.

Bukhari dan Muslim menceritakan, Nabi Muhammad bersabda: “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.”

Menolong orang adalah rezeki bagi kita kerana rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang. Menolong orang lain supaya mempunyai harga diri di depan anak dan isterinya juga adalah rezeki. Membantu anak jiran tertangga supaya dapat bersekolah dan Berjaya juga adalah rezeki. Kadang-kadang kita berasa berat mengeluarkan apa yang kita peroleh.
Padahal apa yang kita keluarkan bagi membantu orang lain itu adalah rezaki kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal?" Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Baginda pun berkata: "Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” - Riwayat Ibnu Majah.

Huraian Hadis:
• Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya di sembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T

• Sebaliknya riya ’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia
samada untuk mendapat pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik. (syirik khafi).

• Perbuatan riya ’ ( suka menunjuk-nunjuk ), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riya ’ ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjemaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.

• Orang yang riya ’ termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji dimata manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan