Jumaat, 30 Julai 2010

Tips Cantik Ala Muslimah..

Kosmetik Muslimah

Bedaknya air wudhu


Celak matanya ghodul bashar


Perona matanya bersyukur hati yang nampak dalam binar mata


Perona pipinya rasa malu


Lipstiknya Kejujuran & untaian kata penuh hikmah


Pelembab bibirnya adalah dzikir dan melantunkan ayat-ayat Quran



Perhiasan Muslimah

Penghias rambutnya adalah jilbab yang terulur sampai dadanya


Giwangnya adalah mendengarkan Al Quran dan nasehat yang baik


Kalungnya adalah kelapangan dada, Qanaah dan pemaaf serta kesucian


Gelangnya adalah suka shodaqoh dan tawadhu


Cincinnya adalah selalu menunjuki manusia pada jalan kebenaran dan kebaikan


Mahkotanya adalah penjagaan diri


Pakaiannya adalah pakaian Taqwa


Alas kakinya adalah Mujahadah dan Istiqamah



Keindahan Muslimah

Malu karena Allah adalah perona pipinya


Zikir yang senantiasa membasahi bibirnya adalah lipstiknya


Kacamatanya adalah penglihatan yang terhindar dari maksiat


Air wudhu adalah bedaknya untuk cahaya di akherat


Kaki indahnya selalu menghadiri majelis ilmu


Tanganya selalu berbuat baik pada sesama


Pendengaranya yang ma'ruf adalah anting muslimah

Isnin, 26 Julai 2010

Tazkirah


10 wasiat Imam as-Syahid Hassan Al-Banna..






1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.


~Semoga Bermanfaat!!~

Hiasi diri dengan indahnya Taqwa dan keimanan

Apa itu Ikhtilat?

Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.

Istilah Syara'
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?

Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut:
Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
Percampuran yang diharamkan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:

Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah) Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

Kedua: Harus kerana keperluan (hajat) Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.

Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak.
Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

Ikhtilat kerana menjadi saksi.
Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (SAW).

Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

Ikhtilat dalam kenderaan awam.
Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad.
Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat.
Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayat kan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.

Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan.
Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya?
Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.

Pengecualian Bagi Hukum Asal

Unsur Darurat
Pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi yang dikategorikan sebagai darurat atas tujuan memberikan perlindungan atau menyelamatkan perempuan itu daripada bahaya adalah diharuskan dengan syarat tidak ada tujuan-tujuan lain. Hukum ini adalah satu pengecualian dari hukumnya yang asal iaitu haram.

Apabila Wujud Keperluan atau Hajat
Muamalat Maliyyah (urusan harta)
Perempuan dibenarkan bergaul dengan lelaki dalam urusan yang melibatkan harta seperti jual beli atau lain-lain transaksi. Ini adalah kerana urusan sebegini memerlukan interaksi antara dua pihak sebelum berlaku aqad.
Penyaksian (urusan mahkamah)
Penyaksian waita diterima syara.Di dalam kes-kes tertentu seperti dalam kes harta dan berkaitan.
Urusan kerja
Wanita diharuskan keluar rumah untuk bekerja dengan izin suami atau penjaganya. Urusan kerja kebiasaannya melibatkan pergaulan wanita dengan lelaki. Tambahan pula bilangan tempat kerja yang mengasingkan antara lelaki dan perempuan secara total amat terhad.

Melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.
Keperluan lain yang tidak bertentangan dengan syariat

Oleh itu pergaulan yang berlaku contohnya dalam kenderaan awam dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarat perempuan itu keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syarie seperti untuk berpoya-poya. Ia mestilah bertujuan syarie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga, pesakit dan sebagainya. Begitu juga keadaannya jika seseorang wanita perlu ke tempat-tempat awam seperti stesen bas, keretapi, pasaraya dan sebagainya.

Pergaulan menurut kebiasaan adat dalam majlis-majlis
Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam majlis-majlis keramaian yang tidak bertentangan dengan syarak seperti kenduri kendara atau majlis-majlis keraian, ziarah keluarga atau jiran serta sahabat, melayan tetamu dan sebagainya dibolehkan.

Pergaulan semasa belajar
Umum mengetahui bahawa situasi keadaan di Malaysia di mana semua rakyatnya berhak untuk mendapatkan pendidikan. Walaubagaimanapun, mungkin timbul dalam usaha menuntut ilmu ini, persoalan tentang pergaulan yang mungkin wujud semasa proses pembelajaran tersebut. Sebagai pelajar sudah tentu akan wujud bentuk komunikasi antara rakan sekelas seperti bertanya soalan, study group dan tugasan secara berkumpulan dan sebagainya. Semua ini jelas menunjukkan betapa pergaulan tidak dapat dielakkan semasa proses pembelajaran.

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam > Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi. > Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. > Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan. > Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat. > Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

Ikhtilat
Bila sebut hal ikhtilat ni, mungkin ramai yang memandang remeh. Zaman moden sekarang ni, tak memandang dah soal-soal sebegini. Maklum lah, diliberalkan Islam sekarang ni. Jika ada suara yang menyekat apa jua bentuk ikhtilat yang dilarang Islam, dikatakan jumud dan konservatif. Saya sentuh awak, awak sentuh saya adalah perkara biasa yang menambahkan lagi keceriaan belajar.
Bila penat belajar, pergi ke kafe bersama-sama. Mungkin makan bersama ni, menambahkan lagi kekeyangan perut. Senario keluar malam berdua-duan, adalah perkara biasa di semua kampus. Tak ceria kampus kalau tak ada istilah 'couple'.
Semua sedia maklum, Allah berfirman di dalam al Quran sekira-kira maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Isra' : 32)

Kawan-kawan, salah satu agenda kuffar untuk merosakkan Islam itu, ialah memusnahkan pemuda-pemudi Islam. Bila rosakknya pemuda-pemudi Islam, dalam tempoh masa mendatang akan memincangkan masyarakat Islam. Salah satunya ialah menyuntik virus pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa sepadan Iman dan Taqwa. Bila dah bebas, yang selalu meransangkan dan menghangatkan lagi kegersangan jiwa pemuda-pemudi ialah syaitan. Maka, berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku. Islam menutup apa jua jalan untuk menuju kepada perzinaan. Ayat ini, hendaklah selalu kita dengarkan kepada pemuda-pemudi sekarang, agar selalu memperingati akan peringatan Allah SWT.

 Marilah kita pagari diri kita dengan keimanan dan ketaqwaan. Moga-moga kita mampu mengawal diri. Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istigfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat.

P/s : Benar, Islam masih membenarkan berikhtilat, namun perlu diingat bahawa di sana ada batas-batas yang WAJIB dijaga demi memastikan kemaslahatan bersama. Umat Islam akan mundur jika tidak beramal dengan Islam, sebaliknya yang beramal dengan Islamlah akan terus maju ke hadapan. 
Wallahu'alam.

Tauhid

uluhiyyah dan rububiyyah


TAUHID DAN JENIS-JENISNYA
Tauhid berasal dari kalimah ”wahhada” kemudian ”yuwahhidu” seterusnya ”tauhid” yang bermaksud mengEsakan. MengEsakan Allah mempunyai banyak sudut yang dapat ditinjau iaitu dari sudut perbuatan Allah, sifat-sifat dan nama-nama Allah atau dari sudut perbuatan manusia. Disebabkan sudut tersebut maka tauhid telah dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
1)  (توحيد الربوبية) Tauhid Rububiyyah
2)  )توحيد الألهية) Tauhid Uluhiyyah 
3) Tauhid Asmaa Wa Assifaat ( توحيد الأسماء والصفات )
Berdasarkan penelitian yang dilakukan secara menyeluruh terhadap dalil-dalil yang tedapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, sebagaimana ulama nahu telah membahagikan kalimat di dalam bahasa arab menjadi tiga iaitu, isim, fi’il, dan huruf, berdasarkan penelitian menyeluruh terhadap kalimah-kalimah yang ada di dalam bahasa arab. [1]
2.1 TAUHID RUBUBIYYAH
Perkataan Rububiyyah berasal dari perkataan Rabb (رب ) yang memberi maksud mencipta, yang memiliki, yang memelihara dan yang mengurus sekalian alam. Dari segi bahasa, Rububiyyah berasal dari kata “Rabbun” yang bermaksud “Al-Maalik dan Al-Mudabbir” iaitu penguasa, pemilik dan pengatur. Dia juga Maha penguasa dan Maha Pengatur seluruh mekanisme ynag bergerak dan segala hajat makhlukNya, yang mana Allah adalah pelaku mutlak dalam setiap kejadian.[2] Tauhid rububiyyah memberi erti keyakinan seseorang bahawa Allah sahaja yang mencipta seluruh alam ini, Allah yang menurunkan rezeki dan hujan, Allah yang memelihara dan mengatur seluruh alam, Allah yang menghidupkan dan mematikan, tauhid rububiyyah adalah tauhid yang membahaskan tentang perbuatan Allah.[3] Rububiyyah juga memberi makna menunggalkan Allah dalam sifat ketuhanan Rububiyyah iaitu sifat yang hanya ada padaNya sahaja.[4] Dalam konteks tauhid rububiyyah, tidak ada perbezaan di antara orang musyrik iaitu orang yang menyekutukan Allah dengan makhluk yang lain dengan seorang muslim. Mengikut fahaman Ibnu Taimiyyah dan kuncu-kuncunya orang musyrik termasuk dalam golongan ahli tauhid yang dikategorikan dalam ahli tauhid rububiyyah dan tidak pada tauhid uluhiyyah. Syirik dan tauhid kerana ia merupakan dua perkara yang bertentangan yang tidak mungkin dapat disatukan.[5]
Seseorang yang mempunyai keyakinan dengan perbuatan Allah itu bermakna ia telah memiliki tauhid rububiyyah dalam dirinya. Walaupun begitu keyakinan yang di miliki belum tentu menjamin memasukkan seseorang Islam ke dalam Islam kerana tauhid jenis ini iaitu rububiyyah merupakan jenis tauhid yang dimiliki oleh semua umat yang beragama Yahudi, Nasrani, Majusi, Hindu bahkan penyembah berhala pada zaman jahiliah yang lampau. Hanya golongan yang anti tuhan sahaja tidak mempunyai tauhid jenis ini seperti golongan Komunis. Al-Quran menerangkan tentang hakikat ini dengan menggambarkan keadaan orang-orang musyrikin yang menyembah berhala :[6]
”9. dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah Yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".[7]
Sifat-sifat Rububiyyatullah yang hanya menjadi hak Allah Tuhan alam semesta sahaja, antaranya ialah:
1) al-Khalq atau Penciptaan
2) al-Razq atau Pencipta dan Pemberi Rezeki
3) al-Mulk atau Pemilik kuasa dan urusan yang memastikan sifat-sifat
4) al-Mattah atau Pencipta mati
5) al-Ihya atau Pencipta hidup
6) al-Naf atau Pemberi manfaat
7) al-Darr atau Penolak mudarat
8) al-I’zaz atau Pemberi kemulian
9) al-Idlal atau Pemberi Kerendahan
Tauhid Rububiyyah merupakan tauhid yang paling hampir kepada naluri semulajadi. Orang kafir Quraisy Makkah mengetahui dan mengakui sifat-sifat rububiyyah ini. Tetapi pengetahuan dan pengakuan disekutukan dengan sesuatu yang selain Allah. Oleh itu mereka mentauhidkan Allah dalam konsep yang sebenar.[8]
2.2 TAUHID ULUHIYYAH
Perkataan Uluhiyyah diambil daripada perkataan Al-Ilah (الاله ) maksudnya ialah yang disembah ( المعبود ). Oleh kerana itu tauhid Uluhiyyah dinamakan juga dengan tauhid ibadah. Dari segi istillah, agama tauhid Uluhiyyah bermakna keyakinan kita bahawa hanya Allah yang berhak disembah dan dia tidak boleh disekutukan dengan apa pun juga. Tauhid ini juga yang membezakan antara orang muslim dengan orang musyrik. Walaupun orang Yahudi menyakini bahawa Allah yang mencipta, menghidup dan mematikan makhluk namun mereka tidak bergelar muslim kerana penyekutuan yang mereka lakukan. [9]
Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Tauhid inilah yang membezakan orang yang bertauhid murni dengan orang musyrik. Barangsiapa yang tidak memenuhi kriteria tauhid Uluhiyyah maka ia masih terikat ke dalam kemusyrikan.[10]
Tauhid Uluhiyyah merupakan natijah yang tabi’i dan semestinya dari tauhid Rububiyyah. Pengakuan hanya dengan Tauhid Rububiyyah tidak diakui oleh Islam, kerana tauhid ini juga yang diakui oleh iblis dan golongan kafir. Apabila adanya pengakuan dengan tauhid Uluhiyyah maka semestinya mengandungi pengakuan pada tauhid Rububiyyah, dan kedua-dua tauhid ini diakui selagi mana ia mengakui dengan sebenarnya tauhid Zat, Asma’, Sifat.
2.3 TAUHID ZAT, ASMA’, SIFAT DAN AF’AL
Tauhid Zat, Asma’, Sifat dan Af’al ialah menunggalkan Allah pada semua perkara dan tidak menyerupai sesuatupun. Ketunggalan Allah atau Ahadiyatullah, ketunggalan Allah memastikan samadiyatullah iaitu Dialah sahaja yang menjadi tumpuan segala hajat dan pengharapan. Ketunggalan Allah memastikan penafian.
Mentauhidkan Zatullah ialah beriktikad bahawa Allah ialah Zat Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal. Mentauhidkan Asma’ullah ialah mengiktikad bahawa Allah telah menamakan Diri ZatNya sendiri dengan nama-nama yang disukai dan diredai. Mentauhidkan Af’alullah ialah mengiktikadkan bahawa Allah telah mensifatkan DIRINYA dengan sifat-sifat Maha Tinggi, Maha Sempurna, lagi Mha Suci, tiada kekurangan, kelemahan dan tidak menyerupai sesuatupun sifat makhluk.[11] Dengan kata lain semua nama dan sifat Allah adalah tauqifyyah iaitu terhenti hanya dari dua sumber tersebut sahaja sama ada ithbat (menetapkan) ataupun nafi (menidakkan). Kita tidak boleh mengithbatkan atau menafikan nama dan sifat Allah kecuali apa yang dinafikan atau diithbatkan oleh al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.[12]
3.0 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
Semasa zaman Ibnu Taimiyyah dunia Islam berada dalam keadaan hancur, samaada dari segi politik, sosial mahupun agama. Pusat kekuasaan politik Islam, Baghdad hancur oleh tangan penakluk Mongol, hulagu. Kerajaan Islam yang ada pada umumnya lemah kerana pertentangan-pertentangan di dalam.
Kehidupan keagamaan turut mengalami kerosakan. Kepercayaan khurafat dan takhlid sudah melanda dunia Islam. Pemujaan kuburan wali dan penghormatan yang berlebih-lebihan terhadap orang yang mereka anggap suci telah merosakkan sebahagian akidah orang Islam. Kehidupan intelektual kaum muslim diwarnai oleh pertentangan-pertentangan yang tidak berguna dalam masalah-masalah fiqih, iman dan ketuhanan disertai dominasi pengaruh Helenistik.
Dalam keadaan kerajaan Islam lemah, lahir seorang tokoh pembela As-Sunnah iaitu Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah menyakini bahawa semua keruntuhan yang itu disebabkan umat Islam telah menjauhi Al-Quran, As-Sunnah dan Salaf sahih. Dengan senjata naql dan akal yang tajam, ia membuka serangan ke segala arah yang dianggap menyeleweng. Filosof sufi, fuqaha, mutakallimun bahkan Al-Ghazali tidak terlepas dari serangannya dan hanya ahli hadis yang tidak kena serangannya. Kadang-kadang ia membenarkan filosof dan menyalahkan mutakallimin, serta menganggap mereka melakukan bid’ah kerana menolak falsafah yang benar.[13]
Imam Ahmad Ibn Hanbal, merupakan tempat sandaran bagi orang-orang yang melakukan pembahagian tauhid yang dikatakan bid’ah yang direka oleh Ibn Taimiyyah kerana beliau mendakwa dirinya bermazhab Hanbali. Begitu juga puak yang pengembangnya iaitu wahhabi. Imam Ahmad Ibn Hanbal tidak pernah menyatakan bahawa tauhid mempunyai pembahagian.
Kaum Musyrikin mengakui bahawa hanya Allah sahaja pencipta bagi segala sesuatu, pemberi rezeki, pemilik langit dan bumi dan juga pengatur alam semesta. Walaupun begitu, mereka menetapkan berhala-berhala yang mereka sembah diangggap sebagai penolong yang mereka bertawassul dengan berhala-berhala tersebut dan menjadikan mereka pemberi syafaat. Kerana perbuatan tersebut, maka mereka tetap dalam keadaan musyrik sebagaimana Allah berfirman:
106. dan (orang-orang Yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga Dengan Yang lain.[14]
Sebahagian ulama Salaf berkata bahawa :” Jika kalian tanyakan pada mereka siapa yang menciptakan langit, bumi dan gunung-gunung? Mereka pasti menjawab ’Allah’. Walaupun demikian mereka tetap menyembah selain Allah.[15]
Perkataan tawassul mempunyai tiga makna, yang mana ulama bersepakat tentang dua makna antaranya. Pertama, yang merupakan dasar iman dan Islam, iaitu melalui iman kepada Rasulullah dan ketaatan padanya. Kedua, makna ini disepakati oleh kaum muslim iaitu barangsiapa menolak tawassul maka ia kafir murtad. Barangsiapa yang menolak doa, syafaat dan manfaatnya bagi kaum Muslimin, maka ia kafir. Orang-orang Musyrik menyukutukan tuhan-tuhan lain selain Allah menyatakan bahawa tuhan-tuhan mereka itu diciptakan tapi, mereka jadikannya sebagai tempat meminta syafaat dan menyembahnya untuk mendekatkan diri kepada Allah.[16]
Menurut ajaran agama Islam dan Ijma’ para ulama Salaf perbuatan menyeru orang mati adalah tidak dianjurkan. Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengajar supaya mendoa atau menyeru malaikat, para Nabi dan orang-orang shalih serta memohon syafaat kepada mereka setelah mereka meninggal. Perbuatan seperti ini termasuk bid’ah yang diada-adakan. Terdapat jua Bid’ah yang tidak diwajibkan atau dianjurkan adalah Bid’ah yang buruk, dan suatu kesesatan(dhalalah). Sekiranya terdapat Bid’ah yang dikatakan sebahagian Bid’ah itu baik (hasanah), itu bermaksud Bid’ah tersebut mempunyai dalil syar’i bahawa ia dianjurkan.[17]
Tauhid Rububiyyah diakui oleh semua orang, tidak ada ummat manapun yang menyangkalnya, bahkan hati manusia sudah difitrahkan untuk mengakuinya melebihi fitrah pengakuan terhadap yang lain-Nya. Orang yang paling dikenali dengan pengingkarannya adalah Firaun. Namun hatinya tetap menyakini terhadap keberadaan Allah. Allah juga menceritakan tentang Firaun dan kaumnya (dalam surah An-Naml: 14).
Tauhid ini tidak memberi manfaat bagi orang yang mengimaninya kecuali sekiranya dia diberi petunjuk untuk beriman kepada dua Tauhid yang lain iaitu Tauhid Uluhiyyah dan Asma’ dan Sifat. Imam Ibnul Qayyim berkata: ” Seandainya keimanan kepada Tauhid Rububiyyah ini sahaja dapat menyelamatkan, tentunya orang-orang Musyrik diselamatkan. Akan tetapi, urusan yang amat penting dan menjadi penentu adalah keimanan Tauhid Uluhiyyah yang membezakan orang-orang Musyrik dan orang-orang yang mentauhidkan Allah”.[18]
4.0 PERKEMBANGANNYA PADA MASA KINI
Pihak Panel Penyelidikan Yayasan Sofa ( atau singkatannya PPYS), Negeri Sembilan. Membahaskan tentang tiga Tauhid ini. Setelah mengikuti tulisan-tulisan berkenaan, penulis Ustaz Ahmad Kamil Halim meminta agar PPYS membuat kajian lanjut tentang:
4.1 Benarkah Ibn Taimiyyah pencipta kaedah tauhid tiga serangkai?

Dakwaan pihak PPYS bahawa Ibn Taimiyyah ( w. 728H) adalah pereka kepada bid’ah tauhid tiga serangkai tidak benar. Pihak PPYS disyorkan meluaskan lagi penyelidikan terhadap banyak lagi kitab-kitab turath lain yang mudah diperolehi di zaman IT ini.[19]
4.2 Antara tokoh terdahulu yang telah memperkatakannya ialah :

1 ) Al-Imam Abi Abdillah Ubaidillah bin Muhammad bin Battah Al-Akbariy , meninggal tahun 387 H di dalam kitab Al-Ibanah ‘An Syariah Al Firqah An Najiah Wa Mujanabah Al Firaq Al Mazmumah . Dalam teks kata-kata belaiu , antara lain ..

“ …. Bahawa Asal Iman kepada Allah yang wajib atas sekelian makhluk beri’tikad dengannya dalam mengisbatkan iman adalah tiga perkara :

Pertama : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan sifat ketuhanannya ( Rububiyyah) agar jadilah perkara itu satu perbezaan dari mazhab ahl at ta’til yang tidak mengisbatkan adanya pencipta.
Kedua : Bahawa seorang hamba beri’tiqad akan keesaanNya ( Uluhiyyah) agar jadilah ia satu perbezaan dari golongan ahli syirik yang mengakui kewujudan pencipta ( Allah ) tetapi melakukan syirik dalam amalan ibadah mereka.
Ketiga : Bahawa seorang hamba beri’tiqad bahawa Allah Taala bersifat dengan sifat-sifat yang tidak haruslah Dia melainkan bersifat dengan sifat seperi ilmu, qudrat, hikmah dan semua sifat yang Dia sifatkan didalam kitabNya.”

Seterusnya beliau menyebut sebagai sambungan : “ Kerana kita dapati Allah Taala telah memerintahkan hambaNya kepada I’tiqad dengan setiap satu dari tiga perkara ini dan beriman dengannya.” Tiga perkara yang dimaksudkan oleh Ibn Battah di sini ialah
tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma wa Sifat.[20]

2 ) Al Imam Al Hafiz Abi Abdillah Muhammad bin Ishaq bin Yahya Bin Mandah , meninggal tahun 395 H . Di dalam kitab beliau “ Kitab At Tauhid Wa Makrifatu Asma Allah Azzawajalla Wasifati ‘Alal ittifaq Wal iftiraq “ . Di dalam kitab beliau menjelaskan beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid rabubiyyah, beberapa tajuk yang berkaitan dengan tauhid uluhiyyah dan beberapa tajuk lain berkaitan tauhid asma’ wa sifat. Apa yang lebih menarik, di dalam muqaddimah kitab ini Ibn Mandah menyebut bahwa Al-Imam Abu Yusof ( w. 182H) yang merupakan tokoh besar dalam mazhab Abu Hanifah ( w. 150) turut memperkatakan pembahagian tauhid ini semasa kurun kedua lagi .

Sangat menarik sekali bahawa Al-Imam As Syafie secara lisan yang tersirat mengakui kewujudan tauhid uluhiyyah melalui kata-kata beliau “inilah hakikat tauhid “ dalam satu riwayat dari Imam Al Muzani yang dikemukakan oleh Al-Imam Az Zahabi didalam (Siyar I’lam An Nubala’ jilid 10 m.s. 26, terbitan Muassasah Ar Risalah Beirut, Lubnan).

Tindakan pihak PPYS membesar-besarkan nama Ibn Taimiyyah Rahimahullah sebagai pereka kepada tauhid tiga serangkai sekadar meneruskan agenda pihak yang sudah lama memusuhi Ibn Taimiyyah adalah tidak adil sekiranya kita menilai sesuatu permasalahan berdasarkan pandangan pihak yang kita cenderung kepadanya, tanpa melihat hujah-hujjah pihak lain yang kita tidak bersetuju dengannya. Di dalam dunia Islam masa kini, golongan generasi muda yang prihatin dengan perkembangan ilmu Islam, mengambil sikap menilai secara adil dan saksama segala kemelut yang berlaku. Tokoh seperti Muhammad Zahid Al Kauthari dari Negara Turki bermazhab Hanafi dan Hasan Ali As Saqaf dari Jordan antara tokoh yang kuat mengkritik Ibn Taimiyyah dan menentang keras pembahagian tauhid tiga serangkai. Apa yang memusykilkan penulis ialah kenapa kaedah mengenali Allah melalui sifat 20 tidak pula diperbesarkan oleh pihak PPYS?. Pada hal Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengajar para sahabat dan kita semua, bahawa Allah hanya memiliki 20 sifat sahaja. Perkara yang lebih utama untuk diberi perhatian oleh pihak PPYS ialah ancaman ilmu kalam terhadap kemurniaan sistem pembelajaran ilmu tauhid. Sejarah membuktikan bahawa Al Imam As Syafie tokoh yang paling kuat menentang ilmu kalam dan penggunaannya dalam subjek akidah.[21]

Sifat Allah Berdiri dengan Diri Sendiri adalah wajib ada kerana ia adalah bukti bagi mengetahui akan Tauhid Rububiyyah. Ianya juga bukti penyaksian kepada makhluk-makhluk dan sifat itu pengisbatan kepada pencipta kerana tidak padaNya yang berbeza dan berbilang-bilang. Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah adalah Tauhid yang wajib sempurna, yang datangnya dari Al-Quran. Terdapat pandangan yang dihuraikan dalam contoh bahawa tentang pergerakan tidak dapat bagi sesuatu itu bergerak tanpa ada yang menggerakkannya, dan tidak sesekali yang menggerakkan itu melainkan dengan dirinya sendiri dan demikianlah Ilahi. Manakala makhluk tidak menjadikan atau menggerakkannya sendiri. Mustahil ada dua yang melakukan atau menggerakkan sesuatu itu dengan dirinya sendiri.

Khamis, 22 Julai 2010

Wahai Muslimah!

Wahai wanita,, bersyukur karena Allah SWT telah menganugrahi kesempurnaan fisik, akal pikiran nikmat berpikir dan hati yang beriman. Segenap nikmat ini tentunya diberikan Allah SWT pada kita semata hanya untuk digunakan beribadah kepada Allah SWT.

Agar mendapat ridho Allah, maka segenap nikmat yang dimiliki tidak boleh ditelantarkan. Sebaliknya harus dijaga, dipelihara, dikembangkan demi pengbdian kita kepada Allah SWT.

Karenanya, seorang muslimah harus paham apa kewajiban terhadap nikmat-nikmat diri yang dimiliki. Kewajiban yan emsti dipahami tersebut terbagi atas :

1. Kewajiban muslimah terhadap tubuhnya.
Banyak muslimah yang tampaknya kurang peduli dengan keadaan fisiknya, karena menganggap bahwa itu tidak penting., karena yang lebih penting adalah penunaian amanah-amanah dengan sukses. Kurang peduli terhadap fisik bisa berupa tidak menjaga asupan makanan yang sehat dan bergizi, sehingga seringkali tubuh mudah sakit-sakitan, kemudian tidak pula diobati dengan tuntas sampai menjadi penyakit yang parah. Kekurang pedulian yang lain adalah kebersihan tubuh. Kebersihan disini bisa pakaian, rumah/kamar pribadi, kebiasaan sehari-hari, dll. Termasuk kurang peduli pula pada penampilan, misalnya memakai pakaian yang berwarna mencolok atau tidak serasi, memakai pakaian tidak sesuai event, jilbab tidak rapih,dl.

Namun banyak pula muslimah yang memperlakukan tubuhnya secara berlebihan, hingga cenderung boros, baik untuk pakaian, perawatan tubuh, aksesoris, dsb. Sehingga pakaian muslimah yang digunakan tidak seusai lagi syar’i (penutup auratnya dgn tidak tipis/menerawang/ketat, berwarna mencolok mata).
Seorang muslimah yang mensyukuri nikmat tubuhnya, tentunya akan senantiasa bersikap proporsional dalam menjaga fisiknya. Menjaga makanan dan minuman dengan memilih yang halal, bersih, bergizi. Berolah raga teratur. Tidur yang cukup dan berkualitas (bukan kuantitas).
Menjaga kebersihan diri (kebersihan kulit/wajah/rambut, bau aroma tubuh) dan lingkungan (kamar tidur, toilet misalnya). Kesehatan wanita sejak dini/muda akan sangat berpengaruh bagi kehidupannya kelak, sesuai kodratinya. Misalnya untuk kesehatan reproduksinya, kesehatan organ seksualnya, kekuatan tubuhnya untuk hamil, menyusui, mengurus rumah tangga, dan aktif di masyarakat. Dalam berpakaian pun senantiasa sesuai dgn syari’at, rapih, bersih, sehingga menciptakan image yang baik di
masyarakat, bagaimana seharusnya sosok wanita muslim. Perhatian-perhatian ini sebagai wujud rasa syukur kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda ketika sahabat Abdullah bin Amr bin Ash berpuasa disiang dan malam hari, “ Janganlah lakukan, karena sesungguhnya matamu memiliki hak yang harus engkau tunaikan, badanmu memiliki hak yang harus kau tunaikan, keluargamu memiliki hak yang harus kau tunaikan, maka puasa dan berbukalah, shalat dan tidurlah..(HR.Muslim).

2. Kewajiban muslimah terhadap akalnya.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang sempurna dalam proses penciptaannya.
Allah berfirman,”Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” Q.S. At-Tiin,95:4)
Keistimewaan manusia adalah dengan dianugrahinya kemampuan akal dengan segala kapasitasnya. Sejak kehamilan di minggu ke-3 otak manusia akan terus berkembang secara pesat dan cepat dengan kemampuan yang menakjubkan. Kelebihan otak manusia yg diberikan Allah SWT ini adalah dengan berfungsinya akal. Inilah yang membedakannya dgn binatang.

Muslimah potensi yang tidak kalah dibandingkan dengan laki-laki. Akal yg dikaruniakan Allah kepada manusia haruslah dijaga dengan baik dari hal-hal yang merusak akal baik dari segi fungsi dan kesehatannya. Menjaga kesehatan akal adalah dengan memilih makanan dan minuman yg menyehatkan bukan yang merusakan misalnya khamr/memabukkan. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a Bahwa Nabi SAW bersabda,”Semua yang mengacaukan akal dan semua yang memabukkan adalah haram.” (HR. Abu Daud)
Dari segi penjagaan fungsi akal, adalah dengan mengisi akal dengan informasi yang bermanfaat. Ilmu dan informasi yang bermanfaat akan menjadikan makanan yang bergizi buat otak. Ilmu dan informasi itu berupa, pengetahuan keislaman. Syaikh Said Hawa menyebutkan beberapa ilmu islam yang harus diketahui setiap muslim meliputi 10 jenis yaitu :

- Ilmu ttg pengenalan Allah, rasul dan Islam itu sendiri.
- Ilmu ttg Al-qur’an baik kandungannya, sebab-sebabnya, cara membacanya.
- Ilmu ttg As-sunnah, baik kandungannya, sanadnya.
- Ilmu ttg Ushul Fiqh yaitu ilmu yang berbicara tetang kaidah2 dasar yang dipergunakan untuk
memutuskan suatu dasar hokum dari dalil2 yg global.
- Ilmu ttg Aqidah, akhlak dan fiqih
- Ilmu ttg sirah nabawiyah dan tarikh umat islam (sejaah islam)
- Ilmu bahasa arab untuk mendalami materi Al-qur’an, hadits nabi, fiqih,dsb.
Ilmu ttg system musuh dalam menghancurkan islam (deislamisasi). Terutama yang
berkaitan dengan ghozul fikr (perang pemikiran).
- Ilmu tentang islam kontemporer
- Ilmu ttg fiqh dakwah, yaitu aturan dan tata cara dalam menyampaikan islam/dakwah.
Dengan mengusai penuh salah satu ilmu diatas diharapkan akan lahir ulama-ulama muslimah yang akan membantu memecahkan masalah keumatan terutama masalah2 ttg wanita.

Kemudian pengetahuan lain yang diperlukan adalah ilmu umum dan wawasan kontemporer. Dari sekian banyak ilmu umum, ada fardhu kifayah bagi muslimah untuk menguasai salah satu dari bidang-bidang tersebut, mendalaminya sehingga bisa professional. Dengan tersedianya ahli-ahli muslimah di bidang umum, akan sangat membantu kesulitan umat. Terutama dalam mengatasi masalah kewanitaan. Misalnya bidang kesehatan, bidang advokasi/hukum, bidang psikoligi, teknik, tata busana, kecantikan, dll.
Dibidang kekinian pun muslimah dituntut untuk mengikuti perkembangan informasi dari berbagai dunia, ttg politik, nilai mata uang, seni dan budaya, olah raga,dll. Dengan wawasan yang luas akan sangat membantu muslimah dalam mengaktualisasikan dirinya di keluarga (dalam mendidik anak atau ngobrol ama suami nyambung..) atau dalam masyarakat.
Pengetahuan yang lain adalah keterampilan teknis. Tanpa ada ahli dibidang-bidang teknis, muslimah akan mengalami keuslitan teknis yang semestinya tidak perlu terjadi apabila ilmunya dimiliki. Seperti computer, internet, dan sarana informasi lain.

3. Kewajiban muslimah terhadap hatinya

Segala sesuatu yang bersifat materi saja tidak akan menjamin ketenangan dalam hati. Untuk itulah kewajiban inti ada pada pengisian hati agar semua proses kegiatan dapat berjalan baik. Untuk mengasah fungsi hati ada beberapa hal yg harus dilakukan, yaitu:
a. Dzikrullah (mengingat Allah atau menyebut Allah),
“Ingatlah hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenang.” ( Ar-Raad, 28)
Dzikir selain menentramkan hati juga mencerahkan pikiran, kecemerlangan akal dan hati karena senantiasa mengingat Allah SWT. Al-Hadits, “ Perumpaan orang yang berdzikir kepada tuhannya dengan orang yang tidak berzikir ibarat yang hidup dengan yang mati.” (HR. Bukhari)
a. Membaca Al-qur’an
b. Menjauhi maksiat
c. Menjauhi ketergantungan pada makhluk
d. Memperbanyak ibadah.
Dibawakan oleh ummi_fatih

Rabu, 21 Julai 2010

Qalbu Salim


Bismillahirrahmanirrohim..

Al-Imam Ibnul Qåyyim berkata, “Apabila hati telah menghitam dan terbalik, maka akan timbul dua penyakit berbahaya yang berujung pada kebinasaan. Pertama, kerancuan dalam memandang antara yang ma’ruf dan mungkar. Akibatnya dia tidak bisa membedakan antara yang... baik dan mungkar. Jika penyakit itu menguat maka yang ma’ruf dirasakan sebagai kemungkaran dan sebaliknya yang mungkar dianggap sebagai sebuah kebaikan, yang sunnah dianggap bid’ah, yang bid’ah justru dianggap sebagai sunnah. [Penyakit kedua] adalah berhukum dengan hawa nafsu sehingga selalu menuruti dan mengikutinya.” [Ighåtsatul Lahafan, juz 1 hal. 11]

Terkadang kita harus menggenggam tangan kita sendiri untuk meyakinkan bahawa diri kita kuat. Terkadang juga kita harus melepas orang lain agar kita kembali bangkit. Namun, kita tak akan pernah bisa melepas Allah untuk membuktikan bahawa kita mampu. Ada jalan yang tidak pernah kita fikirkan, dan ada kekuatan yang ta pernah kita bayangkan. Semoga hari-hari kita senantiasa menjadi kan diri kita orang yang beruntung dan lebih baik. Orang yang beruntung itu adalah hari nya lebih baik dari hari sebelumnya, dan orang yang rugi itu adalah orang yang hari ini nya lebih buruk dari hari sebelumnya. Semoga hari ini, esok, lusa, dan seterusnya lebih baik lagi. Selalu ada perubahan. Insyallah. 

Jika kita merasa besar, periksalah hati kita, mungkin ia sedang bengkak. Jika kita merasa suci, periksalah jiwa kita, mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani. Jika kita merasa tinggi, periksalah batin kita, mungkin ia sedang melayang kehilangan pijakan. Jika kita merasa wangi, periksalah ikhlas kita mungkin itu asap dari amal soleh kita yang hangus di bakarnya.

Mudah-mudahan bermanfaat!