Rabu, 15 Disember 2010

Antara Orang tua dan cinta..???


Bismillahirrahmanirrahim ...
Bagaimana untuk kita menyikapi orang tua dan anak yang tidak sependapat dalam hal jodoh? Atau masalah cinta yang terbentengi restu orang tua. Memang agak susah memilihnya, ketika cinta sudah berbicara. Tetapi perlu kita ingat, bahawa, bakti pada orang tua pun perlu difikirkan. Ketika kita  memilih orang tua, kita perlu untuk mengorbankan cinta. Hal ini lah yang membuat kebimbangan tersendiri. Rasa sakit kehilangan cinta atau rasa bimbang atas dosa ingkar terhadap orang tua? Kebanyakan dari kita memang akan memperjuangkan cinta mati-mati an terhadap orang tua. Namun, yang banyak terlupa adalah alasan orang tua yang melarang hubungan tersebut. Maka di sinilah syariat yang berkaitan antara cinta pada yang bukan mahram sebelum perkahwinan di bandingkan dengan cinta orang tua kepada kita.

Biasanya cinta yang yang di bela mati-matian itu berkaitan dengan "couple", kerana antara kau dan si dia telah mengalami hubungan khusus yang meningkatkan kadar hubungan itu sendiri dengan "Cinta Mati. Namun di sinilah letak nya kematian hati juga terimbangi. Mata telah di butakan dengan cinta dan orang tua yang biasanya mengetahuimu sejak kecil dilupakan begitu saja.Orang tua sangat tahu apa kekuranganmu dan apa kelebihanmu. Mungkin saja dari "couple" itu orang tua tahu, perubahan-perubahan yang kau alami sehingga orang tuamu enggan untuk merestuimu. Kalau kau masih menginginkan tetap menuntut keinganmu bersamanya, tentu kau harus tau alasan orang tuamu mengenai ini. Bila alasan orang tuamu kerana ada kecenderungan terhadap pangkat, harta, keturunan atau yang tidak berkaitan dengan agama, kau berhak menolak dan tetap dengan pendirianmu. Namun jika alasan orang tuamu jelas seperti laki-laki yang akan menjadi imammu kelak sudah sering mengajakmu berduaan, berjalan berdua, berpegangan tangan, dan lain-lain yang berkaitan "couple", maka kau wajib mengikuti orang tua mu, karena laki-laki itu sudah mengajak jauh dari agama sebelum menikahimu, secara logik pun mungkin orang tua mu takut dia tidak mampu menjadi imam yang baik untukmu.

Di sini lah fungsi syariat iaitu Ta'aruf. Dalam ta'aruf tak akan ada pihak yang di rugikan. Bila kau menolak, orang tua mu pun tak akan memaksa. Bila orang tua mu menolak, sepertinya tak akan menjadi masalah kerana kau pun hanya tahu dia sebatas saat ta'aruf. Kalau pun saat ta'aruf timbul cinta dan orang tua tak merestui, kembali lagi kita lihat alasan syari yang orang tuamu kemukakan. Jika tidak, kau boleh mempertahankan, namun sering kali cinta itu akan segera hilang apabila kau benar-benar menemukan cinta sejatimu saat orang tuamu merestui.

Namun jika berlaku sebaliknya, jika orang tua mu memaksakan kehendak mereka terhadap seseorang lewat ta'aruf, sedangkan kau tidak menyukainya. Bila dia lelaki yang baik dan tidak ada alasan syar'i kau menolaknya, maka tak ada salahnya, kerana perkahwinan juga ibadah membahagiakan orang tua. Tidak ada yang tahu kalau setelah menikah boleh saja kita jatuh cinta terhadapnya. Kerana berkaitan tugasmu terhadap suami kelak, kerana segala sesuatu yang di perintahkan suami asalkan tidak menyebabkan ingkar terhadap islam, maka itu yang akan menjadi pintu menuju syurgaNya bagimu.

Orang tua kita lebih mengetahui kita dari pada kita sendiri. Cuba bersikap bijak terhadap keinginan orang tua kita, apalagi yang menyangkut hati kita. Bersikaplah koperatif, jikalah yang di kemukakan orang tua kita itu benar adanya, jangan keegoisan yang kita dahulukan berbanding akal sihat kita yang boleh membuat kita ingkar atau bahkan derhaka terhadap orang tua kita.
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan." (QS. Al-Isra ': 24)

Wallahu'alam bi shawwab.

Memahami puasa Asyura..

Puasa 'Asyura' dan Taasuaa' 
Oleh: Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha.
Terjemahan: Hj. Kamin
'Asyura' : adalah hari yang ke 10 didalam bulan Muharam, dan Taasuaa' : adalah hari ke 9 darinya. 
Kelihatan dari kumpulan khabaran bahawa hari Asyura' telah dikenali disisi kaum Quraish dimasa Jahiliyah, dan dikenali sebagai hari raya orang Yahudi. Aisyah telah berkata : pada hari Asyura' orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah saw berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah di Madinah baginda berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda bersabda :
"Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya" - [Mutafaq a'laih].
Telah berkata Ibn Abbas : tatkala Nabi saw sampai (iaitu di Madinah) maka beliau telah melihat kaum Yahudi berpuasa 'Asyura', maka baginda bersabda :
"Apa ini", maka mereka menjawab : Hari ini merupakan hari keselamatan, Allah swt menyelamatkan Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Musa, Maka baginda bersabda :'Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu'. Maka beliau berpuasa dan memerintahkan agar berpuasa". - [Mutafaq a'laih].
Maka Nabi saw telah memfardukan puasa pada perintah dan keazamannya, sehingga dia menghantar orang memberitahu kepada manusia agar melakukan puasa pada siangnya, walaupun mereka telah makan.
Tatkala difardukan puasa pada bulan Ramadhan maka di hapuskan kefarduan ini (puasa 'Asyura), kembalilah ia menjadi mustahab (sunat) berpuasa sahaja.
Dari Abu Qatadah, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].
Nabi saw telah memberi perhatian keatas syahsiah (kepribadian) Islamiyah khususnya didalam segala hal, supaya orang Islam memiliki keutuhan dari yang lain, beliau menganjurkan agar berpuasa pada hari yang ke 9, iaitu bersama hari 10, agar dapat membezakan diantara puasa mereka dan puasa ahli kitab.
Dari Ibn Abbas berkata : Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura', dan memerintahkan berpuasa, maka mereka berkata :-
"'Ya Rasulullah, sesungguhnya hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nasrani!' Maka baginda bersabda :'Maka jika kalau tiba tahun hadapan insyaallah kami akan berpuasa hari ke 9'. Maka dia berkata : Maka tidak datang tahun hadapan sehinggalah Rasulullah saw wafat." -[Hadith riwayat Muslim dan Abu Daud].
Tidak didatangkan apa2 perkara didalam hari 'Asyura' melainkan berpuasa, dan terdapat beberapa orang melakukan perkara seperti berhias, mandi, memakai celak, membelanjakan keluarga, menjadikannya musim atau perayaan dengan menyembelih binatang sembelihan, dan manusia meluaskan lagi. Kesemua ini tidak ada asalnya didalam agama Allah, tidak ada sebarang dalil yang sahih.
Ia kelihatan seperti reaksi perbuatan orang2 syiah yang mengambil hari tersebut sebagai hari bersedih dan berkabung, mereka memukul2 dada, menyepak2 pipi mereka, mengoyak2kan pakaian mereka, mengingatkan mereka tragedi syahid yang dizalim, Hussein bin Ali ra.
Kedua2nya tidak benar, dan kita tidak menghadapi bid'ah dengan bid'ah, dan tidak menghadapi penyelewengan dengan perkara yang sama juga, tetapi dengan cara kembali keseluruhannya keatas apa yang disyariatkan Allah dan Rasulnya.
Berkata Imam Ibn Qayyim :
"Hadith2 mengenai penggunaan celak pada hari 'Asyura', mencantikkan diri, membelanja keluarga, bersolat, dan lain2 yang mempunyai fadhilat, Tidak sahih apa2 mengenainya, dan tidak satu hadith pun, dan tidak datang dari Nabi saw apa-apa darinya, selain dari hadith2 puasanya, dan menganggapnya batil" dan misalnya : "Barangsiapa yang melapangkan (berbelanja) keatas keluarganya pada hari 'Asyura', Allah swt akan melapangkannya sepanjang tahun", maka berkata Imam Ahmad : Hadith ini tidak sah.
Mengenai hadith memakai celak, berhias dan berwangi-wangian : maka ia adalah dari pembikinan pendusta, dan orang2 yang lain mengambilnya dijadikan hari tersebut sebagai hari penderitaan dan dukacita, kedua2 golongan ini merupakan ahli bid'ah dan mereka terkeluar dari al-sunnah.
Ahli al-sunnah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh Nabi saw dengan berpuasa, dan mengelak dari Syaitan yang mengarahkan kepada bid'ah. (al-Manar al Munif didalam Sahih da Dha'if, Dar al-Qalam, Beirut, ditahqiq oleh Abu Ghuddah, ms 111-113).
Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah telah ditanya : berkenaan dengan amalan manusia di Hari 'Asyura' mengenai celak, mandi, bersolek, bersalaman (berjabat tangan), memasak biji-bijian, menunjukkan kegembiraan, dan yang lain2 dari syara', apakah ia datang dari Nabi saw dengan hadith yang sahih atau tidak? Jika tidak datang dari hadith yang sahih apa2 mengenainya, apakah mereka melakukannya merupakan bid'ah atau tidak? Begitu juga yang dilakukan oleh kumpulan yang lain seperti menyakiti diri, bersedih dan berhaus-hausan, mengoyak2kan baju, Apakah perkara begitu ada asalnya atau Tidak?
Beliau menjawab : Segala pujian bagi Allah yang memerintah sekelian alam, tidak datang apa2 dari hadith Nabi saw , dan tidak juga datang dari para sahabatnya, dan tidak disunatkan dari Imam2 Islam yang empat, dan tidak selain darinya, dan tidak ada didalam riwayat oleh pencatat2 kitab rujukan sesuatu mengenai hal sedemikian, tidak dari Nabi saw, tidak dari sahabat, tidak dari tabiin, tidak dari buku Shahih, tidak dari Sunan, tidak dari masanid, tidak diketahui apa2 mengenai hadith2 ini dari abad2 yang penting.
Akan tetapi yang ada ialah hadith yang diriwayatkan kepada "sesiapa pada hari 'Asyura' memakai celak maka dia tidak merasa pedih mata sepanjang tahun, dan barangsiapa yang mandi pada hari 'Asyura' tidak akan sakit sepanjang tahun", dan contoh2 yang serupa dengannya.
Mereka meriwayatkan kelebihan (Fadhaa'il) menunaikan solat di hari 'Asyura', dan mereka meriwayatkan pada Hai 'Asyura' Adam bertaubat, berlabuhnya kapal di Bukit Judi, Yusuf kembali kepada Ya'kub, Ibrahim terselamat dari Api, Penyembelihan Kibas (Nabi Ismail) dan sebagainya.
Diriwayatkan didalam hadith maudhu' (palsu) bahawa Nabi saw sesunguhnya :
"Barangsiapa yang melapangkan kaum keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkannya sepanjang tahun". Semua riwayat mengenai Nabi saw (didalam hal ini) adalah dusta, akan tetapi diketahui akan riwayat Sufyan bin Uyainah dari Ibrahim bin Muhammad bin Muntasyir, dari ayahnya berkata : "Telah sampai kepadaku seseungguhnya barangsiapa yang melapangkan ahli keluarganya pada hari 'Asyura' maka Allah akan melapangkan sepanjang tahun" -[Majmu' Fatawa, Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, 25/229,300].
Syiekh al-Islam mengingatkan : bahawa al-Hussein ra ketika dibunuh secara zalim, beliau syahid dan dimuliakan Allah dengannya dan dipertemukan dengan ahli baitnya yang suci, dan dihina kepada mereka yang zalim dan menyerangnya, dan akan menyertai kumpulan orang2 yang jahat dikalangan manusia.
Ada kumplan yang menjadi Jahiliyyah yang zalim : atau atheist, munafik, dan kumpulan2 yang sesat melampau, yang mana ketaatnyanya kepada ahlu al-bait, mengambil hari 'Asyura' sebagai hari pemakaman, kesedihan dan meratap, menzahirkan syiar Jahiliyyah seperti menampar pipi, mengoyak2kan baju, meratap2 seperti kaum Jahiliyyah.
Bagi menghadapi kaum2 ini, mereka melawan keta'asuban kepada Hussein dan ahlu al-bait. Dan bagi mereka yang jahil yang menghadapi kemusnahan (fasad) dengan kefasadan, pembohongan dengan pembohongan, kejahatan dengan kejahatan, bid'ah dengan bid'ah, mereka memaparkan kebahgiaan dan kegembiraan didalam upacara di Hari 'Asyura', seperti bercelak, bersolek, melapangkan ahli keluarga, memasak masakan yang diluar kebiasaan, dsb, sebagaimana dilakukanpada hari Eid dan perayaan. Mereka menjadikan hari 'Asyura sebagaimana musim menyambut hari Raya dan perkahwinan, sementara golongan yang lain mengambil sebagai hari kematian dan berada didalam keadaan kesedihan. Semua kumpulan2 ini salah dan terkeluar dari sunnah. [Majmu' fataawa 25/307-310]. 
Semoga kita mendapat pengajaran daripada artikel tersebut. Wallahu'alam.
Ni ada tambahan lagi,,
Azh-Zhain bin Al-Mughirah berkata: "Pendapat terbanyak mengatakan bahawa yang dimaksudkan 'Asyura adalah tarikh sepuluh pada bulan Muharram, dan pendapat ini lebih sesuai jika dilihat dari akar katanya dan penamaannya.

Hukum Puasa 'Asyura

Para ulama sepakat bahawa undang-undang puasa 'Asyura adalah sunnah, dan mereka berbeza pendapat mengenai hukumnya pada masa permulaan Islam tatkala disyariatkan sebelum disyariatkannya puasa Ramadhan.
Abu Hanifah berpendapat bahawa pada awalnya diwajibkan kemudian dihapuskan, dan diriwayatkan dari Imam Ahmad akan sunnahnya, begitu juga ucapan jumhur ulama, kerana Rasulullah SAW tidak memerintahkan secara umum tentang puasa tersebut, bahkan beliau bersabda:

(هذا يوم عاشوراء, وأنا صائم فيه, فمن شاء صام ومن شاء أفطر )
"Hari ini adalah hari 'Asyura, dan saya puasa pada hari tersebut, siapa yang suka maka hendaklah dia puasa dan siapa yang suka dia berbuka"

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata:

"Disunnahkan bagi yang puasa pada hari 'Asyura untuk berpuasa pada tarikh sembilannya, karena hal tersebut adalah perintah Rasulullah saw yang paling akhir".

Hikmah Puasa 'Asyura dan Puasa Tarikh sembilannya.

Adapun puasa tarikh sembilannya adalah untuk menjaga puasa 'Asyura, juga untuk menunjukkan sikap berbeza dari orang-orang Yahudi yang juga berpuasa hanya pada hari itu saja. Dengan menggabungkan kedua-dua hari itu maka syariat tersebut menjadi berbeza daripada ajaran Yahudi. Adapun puasa 'Asyura itu sendiri kerana pada hari tersebut berlaku beberapa kejadian yang baik, antaranya: selamatnya Musa alaihissalam dan para pengikutnya serta tenggelamnya musuh Allah, Firaun beserta kaumnya, begitu juga terjadinya beberapa tanda-tanda kebesaran Allah terhadap makhluknya, sesuatu yang layak untuk di syukuri.

Kelebihan Puasa 'Asyura.

Terdapat riwayat dalam sahih Muslim dari Abi Qatadah bahawa seseorang bertanya kepada Rasulullah saw tentang puasa 'Asyura, maka beliau bersabda: "Saya berharap agar' Allah menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya"

Urutan Darjat Puasa 'Asyura

Darjat pertama dan yang paling utama, adalah dengan melakukan puasa tiga hari, iaitu tarikh sembilan, sepuluh dan sebelas.

Darjat kedua, iaitu berpuasa pada tanggal sembilan dan sepuluhnya, sebagaimana yang terdapat dalam riwayat Muslim dari Ibnu Abbas Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah saw bersabda: "Jika saya masih ada pada tahun depan, saya akan berpuasa pada tarikh sembilannya (bersama tarikh sepuluh)" , dan dari Ibnu Abbas juga, beliau bersabda "Puasalah kalian pada tarikh sembilan dan sepuluh, bedakanlah dari orang-orang Yahudi".

Darjah ketiga, iaitu dengan berpuasa hanya pada tarikh sepuluhnya saja, sebagaimana dari Ibnu Abbas dia berkata: "Kami diperintahkan oleh Rasulullah saw untuk berpuasa pada hari 'Asyura "

Apa Darjat Yang Paling Utama?

Yang paling utama dari ketiga-tiga darjat tersebut adalah darjat yang pertama, kerana berpuasa pada hari-hari tersebut akan mendapatkan beberapa manfaat, diantaranya:

- Akan mendapatkan ganjaran puasa sebuan penuh, sebagaimana hadits Abdullah bin Amr bin Ash radialluhanhu, dia berkata, Rasulullah saw bersabda: "tiga hari pada setiap bulan bagaikan puasa selamanya".

- Kerana puasa pada bulan ini adalah puasa yang utama setelah puasa Ramadhan, sebagaimana hadits Ibnu Abbas radiallahunhu, dia berkata: "Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw memperhatikan sebuah puasa dan mengutamakannya atas yang lain, kecuali hari ini, iaitu hari 'Asyura, dan bulan ini, iaitu bulan Ramadhan ".

- Menunjukkan sikap berbeza dari orang-orang Yahudi, sebagaimana hadits Ibnu Abbas: "Berpuasalah kamu sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya".

- Mengikuti jejak Rasulullah saw yang merupakan sunnahnya dengan mengamalkannya dan mendakwahkannya, sebagai bentuk ibadah yang utama kepada Allah swt.

- Dapat menghapuskan dosa-dosa setahun penuh, berdasarkan hadis Qatadah radiallahunhu, dia berkata, Rasulullah saw bersabda: "Dan hari 'Asyura dapat menghapuskan (dosa-dosa) setahun sebalumnya".

Rasulullah saw berpuasa pada hari 'Asyura dan beliau memerintahkan untuk berpuasa sebelum disyariatkannya puasa Ramadhan. Sesungguhnya puasa 'Asyura adalah sunnah dari Rasulullah, jika diamalkan dan didakwahkan dengan ucapan dan perbuatan, maka hal tersebut merupakan ibadah yang sangat utama kepada Allah, kerana siapa yang menghidupkan sunnah, mengamalkannya dan menyebarkannya di antara manusia, maka baginya dua pahala, pahala dia beramal dan pahala menghidupkan sunnah tersebut, maka selayaknya bagi setiap muslim untuk melakukannya.

Kerana pada hakikatnya umur kita adalah apa yang kita isi di dalamnya dengan ketaatan kepada Allah swt, selebihnya akan belalu begitu saja tanpa nilai, dan akan menyesallah orang yang mensia-siakan kesempatannya, pada saat tidak berguna lagi penyesalan

Sabtu, 11 Disember 2010

Menanti dengan doa..

"Amaran Rasulullah:" Bukan termasuk golonganku orang-orang yang merasa bimbang akan terkongkong hidupnya kerana menikah kemudian ia tidak menikah. "(HR. Thabrani)."

Apa yang menghimpit saudara kita sehingga MEREKA SANGGUP menitiskan air mata. Awalnya adalah KERANA MEREKA MENUNDA APA YANG HARUS DISEGERAKAN, mempersulit APA YANG SEHARUSNYA dimudahkan. Padahal Rasululloh berpesan: "Wahai Ali, ada TIGA PERKARA JANGAN DITUNDA-TUNDA, apabila SHOLAT TELAH TIBA WAKTUNYA, JENAZAH APABILA TELAH SIAP PENGUBURANNYA, dan PEREMPUAN APABILA TELAH DATANG LAKI-LAKI YANG SEPADAN MEMINAGNYA." (HR Ahmad)
 

Tuhanku ...
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku
Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu

Wajah tampan dan daya tarikan fizikal tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya
Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seseorang yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku di sisinya

Tuhanku ...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu
Seorang lelaki yang memerlukan dukunganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seseorang yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Tuhanku ...
Aku juga meminta,
Buatlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku

Berikanlah sifat yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu
Berikanlah aku tangan sehingga aku selalu mampu berdoa untuknya
Berikanlah aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana,
mampu memberikan semangat serta mendukungnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan:
"Betapa Maha Besarnya Engkau kerana telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna."

Aku mengetahui bahwa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat
Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan

Amin Ya Robbal Alamin ......

~Ilmu VS Harta~


1. Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Syadad dan lain-lain.

2. Ilmu menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta empunyanya yang menjaga dan memeliharanya.

3. Pemilik ilmu temannya banyak, sedangkan pemilik harta musuhnya banyak.

4. Ilmu semakin dicurahkan semakin bertambah, sedangkan harta apabila dibelanjakan akan berkurang.

5. Pemilik ilmu dipanggil dengan nama keagungan dan kemuliaan seperti si ‘Alim, sedangkan pemilik harta dipanggil dengan sifat bakhil dan cercaan.

6. Ilmu tidak dapat dicuri, sedangkan harta dapat dicuri dan mudah lenyap.

7. Ilmu tidak ada batasnya, sedangkan harta benda ada batasnya dan dapat dihitung jumlahnya.

8. Ilmu tidak bisa binasa, sedangkan harta kekayaan dapat lenyap dan binasa kerana masa dan usia.

9. Ilmu memberi dan memancarkan sinar kebaikan, menjernihkan fikiran dan hati serta menenangkan jiwa, sedangkan harta kekayaan pada umumnya menggelapkan jiwa dan hati pemiliknya.

10. Orang yang berilmu cenderung mencintai Allah, sedangkan harta benda membangkitkan rasa sombong, bongkak dan takabbur.

Janganlah menjadi seorang yg sombong...



~Seruan Bumi dan Kubur~

Menurut Imam Anas bin Malik bumi ini menyeru manusia setiap hari dengan 10 panggilan:

1. “Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atasku, ingatlah tempat kembalimu di dalam perutku.”

2. “Kamu melakukan maksiat dan dosa-dosa di atasku, ingatlah kamu akan diseksa dalam perutku.”

3. “Kamu bergurau senda di atasku, ingatlah kamu akan menangis dalam perutku.”

4. “Kamu memakan barang haram di atasku, ingatlah cacing akan memakan kamu di dalam perutku.”

5. “Kamu bergembira di atasku, ingatlah kamu akan merasa susah dalam perutku.”

6. “Kamu menggunakan barang-barang haram di atasku, ingatlah kamu akan hancur dalam perutku.”

7. “Kamu bersikap sombong di atasku, ingatlah kamu akan menjadi hina dina dalam perutku.”

8. “Kamu berjalan dengan bersukaria di atasku, ingatlah kamu akan merasa kesedihan dalam perutku.”

9. “Kamu berjalan diterangi cahaya di atasku, ingatlah kamu akan kegelapan di dalam perutku.”

10. “Kamu berada dalam keramaian di atasku, ingatlah kamu akan duduk bersendirian dalam perutku.”

Ketahuilah, setiap hari kubur akan memanggil manusia sebanyak 5 kali:

1. “Aku adalah rumah yang sunyi dan keseorangan. Bagi memeriahkannya hendaklah kamu membaca Al-Qur’an.”

2. “Aku adalah rumah yang gelap gelita. Terangilah aku dengan sembahyang malam.”

3. “Aku adalah rumah yang dipenuhi dengan habuk dan debu. Hendaklah kamu membawa bekal taqwa dan amal-amal soleh.”

4. “Aku adalah rumah yang dipenuhi ular. Bawalah pendinding iaitu bacaan ‘Bismillahirrahmanirrahim” hingga mencucurkan air mata.”

5. “Aku adalah rumah pertanyaan Mungkar Nakir. Perbanyakkanlah membaca ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadur Rasulullah’ agar kamu dapat memberi jawapan kepadanya.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat.” - Riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim.

“Apabila seseorang itu sudah mati, maka diperlihatkan kepadanya tempat di mana ia akan duduk, pada setiap pagi dan petang. Jika ia termasuk ahli syurga, maka ia (melihat) syurga, dan apabila ia termasuk ahli neraka, maka ia pun (melihat) neraka’ Sabda nabi lagi: ‘Kemudian dikatakan: ‘Inilah tempatmu yang dibangkitkan di Hari Kiamat’. – Riwayat Muslim.

GENERASI GHURABA


GENERASI GHURABA
Rasulullah SAW bersabda:

بَدَأَ الإِسْلاَمُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ

“Pada awalnya Islam itu asing dan Islam akan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Sungguh beruntunglah orang-orang yang asing.” (HR Muslim no 389 dari Abu Hurairah)


Ertinya banyak orang yang mengingkari kebenaran ajaran Islam. Manusia tidak mengenalinya karena hati mereka penuh dengan kesesatan dan pada ketika itu mereka itu hidup dalam kebodohan. Mereka tidak mengetahui agama yang benar. Mereka tidak dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan, antara petunjuk dengan kesesatan.

Setelah itu, dalam hadits di atas Nabi menceritakan bahwa Islam akan kembali asing sebagaimana pada awalnya. Yakni orang-orang yang membela kebenaran dan beridiri di atasnya akan dianggap asing.. Golongan yang asing inilah yang disebut oleh Nabi SAW sebagai orang yang beruntung..

Semoga Allah memberi kita hidayah dan memberikan kita kekuatan untuk berdiri di atas jalan yang benar dan senantiasa berpegang teguh dengannya walaupaun dibenci oleh orang musyrikin (orang2 kafir dan munafik).

SEBAIK-BAIK MANUSIA


Sebaik-baik manusia adalah orang yang selalu memberi manfaat kepada orang lain. Kebahagiaan bukan hanya kerana mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain. Keprihatinan kepada keadaan orang lain melahirkan kesetiaan sosial yang tinggi. Apabila kita prihatin kepada orang lain kemudian diikuti oleh orang lain pula mengambil berat pada yang lain, situasi begini bakal berterusan dan tidak terputus.

Bukhari dan Muslim menceritakan, Nabi Muhammad bersabda: “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain.”

Menolong orang adalah rezeki bagi kita kerana rezeki tidak semestinya dalam bentuk wang. Menolong orang lain supaya mempunyai harga diri di depan anak dan isterinya juga adalah rezeki. Membantu anak jiran tertangga supaya dapat bersekolah dan Berjaya juga adalah rezeki. Kadang-kadang kita berasa berat mengeluarkan apa yang kita peroleh.
Padahal apa yang kita keluarkan bagi membantu orang lain itu adalah rezaki kita.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Adakah kamu mahu aku memberitahu kamu tentang suatu perkara yang aku takuti ke atas kamu daripada dajal?" Mereka menjawab: Sudah tentu wahai Rasulullah! Baginda pun berkata: "Syirik khafi iaitu seorang lelaki bangun bersembahyang lalu dia memperelokkan sembahyangnya kerana ada orang yang memerhatikannya.” - Riwayat Ibnu Majah.

Huraian Hadis:
• Di antara tanda ikhlas ialah apabila seseorang itu lebih suka menyembunyikan kebaikannya sebaliknya tidak suka jika kejahatannya di sembunyikan. Dia melakukan kebaikan semata-mata kerana mahukan keredhaan daripada Allah S.W.T

• Sebaliknya riya ’ pula adalah mencari sesuatu untuk keuntungan diri daripada amalan yang dilakukan di dunia
samada untuk mendapat pujian, sanjungan, hadiah dan sebagainya bahkan hal ini termasuk dalam perbuatan syirik. (syirik khafi).

• Perbuatan riya ’ ( suka menunjuk-nunjuk ), jika telah menjadi satu tabiat, lambat laun akan menyebabkan orang yang melakukannya dipandang hina oleh manusia lain. Oleh itu ubat riya ’ ialah dengan menyembunyikan amalan yang ingin diserlahkan oleh nafsu kecuali amalan yang tidak dapat tidak, mesti dizahirkan seperti solat berjemaah, berpuasa dan yang seumpama dengannya.

• Orang yang riya ’ termasuk orang yang munafik. Maka tiadalah pahala bagi perbuatan baik yang dilakukannya itu di sisi Allah S.W.T, sekalipun ia terpuji dimata manusia.