Rabu, 24 Mac 2010

Gelapnya hati

Rasuluallah saw pernah bersabda didalam hadistnya ,
“ Sesungguhnya sesuatu yang sangat aku khuwatirkan atas kalian semua ada dua, iaitu menngikuti hawa nafsu dan panjang anga-angan. Mengikuti hawa nafsu bererti menjauhi kebenaran, sedangkan panjangnya angan-angan mencerminkan cinta dunia”.
(HR ibnu Abid Dunya)

Di dalam hadist ini menggingatkan kita bahawa seorang muslim itu perlu berhati-hati terhadap dua hal ini, menggingkuti hawa nafsu dan panjangnya anggan-anggan. Orang yang menuruti hawa nafsunya cenderung untuk melakukan kemaksiatan kepada Allah. Seringkali manusia menggabaikan sebuah kebenaran demi kepuasan nafsunya semata-mata. Naluri jiwa tidak dapat memberikan pengaruh pada hati dan fikiran kerana tidak kuat menahan gempuran nafsu yang dikendalikan syaitan.

Orang yang menuruti hawa nafsu dan panjang angan-angan sesungguhnya hatinya sudah gelap. Hati yang seharusnya menjadi raja,malah bertekuk lutut dikendalikan syahwat dunia dan syaitan.

Sahabat Abdulllah bin mas’ud ra, berkaitan dengan hadist diatas menggatakan, “ Empat hal yang termasuk penyebab gelapnya hati, iaitu perut yang kenyang, berteman dengan orang yang zalim, melupakan dosa yang pernah dilakukan, dan panjangnya angan-angan.”

Orang pasti ingin merasakan ketenangan dan kebahagiaan di dalam kehidupan. Orang yang akan mendapatkan ketenangan dalam hatinya adalah orang yang sentiasa mendekatkan dirinya hanya kepada Allah Swt. orang yang memiliki iman tidak akan pernah takut dan risau dengan kehidupan dunia. Kerana baginya dunia ini hanyalah sementara dan tidak kekal selamanya. Dunia ini adalah ladang amal sebagai bekal di akhirat kelak. Oleh kerana itu, marilah kita perbaiki diri dari segala hal yang menyebabkan gelap dan rusaknya hati. Semoga kita sentiasa termasuk ke dalam golongan hamba-hamba yang sentiasa menjaga kesucian hati.

Hati orang yang beriman laksana lentera yang bercahaya menyinari suatu ruangan, bahkan beberapa ruangan. Cahayanya bersinar sangat terang kerana pemiliknya selalu memberikan energi agar hatinya tetap hidup. Menyinarinya kita perlu sentiasa melakukan hal-hal yang baik agar hati kita sentiasa bersinar terang seperti terangnya cahaya yang menerangi dari kegelapa.

Abdullah bin Mas’ud ra berkata, “Empat hal yang termasuk penyebab terangnya hati, iaitu perut lapar kerana tindakan hati-hati, berteman dengan orang-orang yang soleh, mengingat dosa yang pernah dilakukan, dan tidak panjang angan-angan”.
Menurut imam Nawawi Al-Batani, perut lapar termasuk faktor penting penerang hati, kerana hal itu dapat mendorong seseorang untuk bersikap waspada dan hati-hati. Mengingat dosa yang pernah dilakukan juga termasuk penerang hati, kerana hal itu dapat menimbulkan penyesalan atas dosa.

Abu Thayyib berkata, “ Barangsiapa bergaul dengan orang kaya maka Allah akan menambah rasa cintanya kepada keduniaan. Barangsiapa bergaul dengan orang kikir maka Allah akan menambah rasa syukur dan ridho terhadap rezki dari Allah. Barangsiapa bergaul dengan penguasa maka akan bertambah keras hatinya dan sombong. Barangsiapa bergaul dengan orang fasik maka akan bertambah kecenderungannya untuk melakukan kemaksiatan dan menunda-nunda taubat. Barangsiapa bergaul dengan orang soleh maka akan bertambah rasa cintanya dalam mentaati Allah, dan barangsiapa bergaul dengan ulama maka akan bertambah ilmu dan amalnya.
Wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan