Jumaat, 2 Disember 2011

Di Hening Malam



" Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia. Sedekahkanlah satu senyuman walau hatimu tidak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan. Berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan. Bukti kasihNya kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku satu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengaku berimanan kepadaNya.. "

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)."
(Surah al-Ankabut, ayat 64)

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Salman Al-Farisi, sahabat Rasulullah SAW ketika ditanya:
"Apakah perbuatan buruk yang menyebabkan semua kebaikan menjadi sia-sia?
Baginda menjawab: Takbur."

Jangan membangga diri dengan ilmu yang banyak dan tinggi, sehingga menganggap orang lain semuanya bodoh.
Jangan angkuh dengan kekayaan dan rezeki dikurniakan Allah SWT.
Jangan bangga dengan kuasa yang diberikan kepada kita sebagai ujian sehingga kita menjadi takbur kerananya.

Jangan sekali kita berlagak sombong dan memandang rendah kepada manusia lain.

Allah SWT mengingatkan melalui firma yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
(Surah Luqman, ayat 18)


Kita perlu rendah hati untuk mengakui kesilapan yang pernah dilakukan atau bersedia mengambil manfaat daripada kegagalan dan cukup berani untuk membetulkan kesilapan.

Antara keburukan pada kebanyakan manusia ialah kurang muhasabah diri.

Mengamati kelemahan dan kekurangan diri membuatkan kita lebih insaf bahawa kita tidak terlepas melakukan kesilapan.
Hanya manusia angkuh saja memiliki pendirian bahawa dirinya tidak pernah melakukan kesalahan.
Muhasabah diri selalu, untuk mendapatkan kekuatan dalam perjuangan yang dituju. Perbaiki diri selalu untuk mendapatkan tujuan yang satu. Syurga adalah matlamat dan impian dalam diri insan yang mempunyai tauhid ke-Esaan yang satu. Bersamalah menuju keindahan hidup, dan bukan pahitnya hempedu.. 

Salam Tahun Baru, dan matlamat baru...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan