Rabu, 24 Ogos 2011

Born To Fight !!

Setiap dari manusia inginkan kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Mengejar kejayaan sebenarnya satu perjuangan yang perlu kita lalui dengan rasa ikhlas, sabar dan rasa cinta pada setiap jalan juang yang kita lalui. Memang tidak di nafikan, dugaan dalam menuju kejayaan dan impian yang kita inginkan memang akan melewati perit getir dan onak duri yang sangat menyakitkan. Jika kita gagal menempuhnya, itulah punca terjadinya kegagalan di tengah perjalanan. Semoga kita semua akan sentiasa bersemangat dan tidak mengenal erti susah demi mengejar kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Beberapa kata-kata semangat yang dapat dikongsikan bersama. Semoga tetap IKHLAS, SABAR dan CINTA KEJAYAAN..


Setiap orang memiliki WAWASAN.

Wawasan tanpa tindakan hanyalah angan-angan.
Tindakan tanpa wawasan hanya sia-sia sahaja.
Wawasan diri adalah,
Matlamat, hala tuju, merancang, melaksana dan menilai.

ALLAH MENGGINGATKAN kita semua bahawa,

" Sesungguhnya, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum itu sehinga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Qs:Ar-Ra'du : 11) 

Setiap yang berusaha akan memperoleh KEJAYAAN.

Kejayaan adalah hasil orang biasa yang sanggup berusaha luar biasa!!
Usaha yang biasa akan mendatangkan hasil yang biasa. Oleh itu untuk mendapatkan hasil yang luar biasa,   memerlukan usaha yang luar biasa.

Manusia juga berpotensi untuk menjemput KEGAGALAN. 


Seseorang itu, tidak akan berjaya sekiranya:
  1. Berfikiran negatif
  2. Meragui kebolehan diri
  3. Mengikut perasaan- Emosional
  4. Cepat putus asa
  5. Membazir masa
  6. Kurang usaha
  7. Tidak mahu berubah 

Setiap yang bernyawa pasti mempunyai TANGGUNGJAWAB dalam hidup. Terutama dalam mengejar kajayaan.


"The price of greatness is responsibility"
( Untuk mencapai kehebatan, anda perlu memikul tanggungjawab)

Tanggungjawab terhadap DIRI SENDIRI
  1. Membina ketrampilan diri
  2. Menjaga kesihatan diri
  3. Menuntut ilmu dan ketrampilan
  4. Mengurus masa
  5. Sikap dan pemikiran positif
  6. Tekun dan Istiqamah


ALLAH ada dalam setiap usaha kita. Oleh itu JANGAN LUPA bahawa,

Belajar tanpa DOA adalah orang yang SOMBONG.
DOA tanpa belajar adalah SIA-SIA.

Konsep DOA, USAHA, IKHTIAR DAN TAWAKAL perlu di ingat dalam perjuangan.

Semoga kita semua termasuk dalam orang yang menyedari kelemahan dan berusaha merubah menjadi kelebihan..
 INSYALLAH..













Tiada ulasan:

Catat Ulasan