Khamis, 17 Mac 2011

Hati berbicara dengan kata-kata...

 Mensyukuri segala nikmat dan anugerah yang telah Allah berikan adalah satu tanda kasih dan sayang kita pada Sang Pencipta. Allah akan kasih dan sayang pada hambanya yang ingat akan kebaikan dan meninggalkan semua angkara keburukan. Mari sama-sama mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat syurga.
Menurut Ibnu Abbas ada 7 (tujuh) indikator kebahagiaan dunia, iaitu :

1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang sholeh.
3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh 
 
4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5. Al malul halal, atau harta yang halal.
6. Tafakuh fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7. Umur yang baroqah.
 
 
"Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah karena ingin memelihara kehormatannya". 
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
 
Ketika kita membawa Al-Qur’an, syaitan biasa sahaja…ketika kita membuka Al-Qur'an, syaitan mulai curiga, ketika kita membaca syaitan jadi gelisah, ketika kita memahami syaitan jadi tak tentu arah & ketika kita berpegang teguh mengamalkan Al-Qur’an dalam kehidupan maka pada saat itu syaitan akan lemah… SAHABAT..., AYUH Terus BACA dan AMALKAN AL-QUR’AN agar syaitan semakin terkulai tidak berdaya..

Sesuatu yg aku sesali adalah jika dari pagi hari hingga matahari terbenam amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat itu umurku berkurang. 
(Ibnu Mas'ud r.a)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan